Selasa, 3 April 2012

KENEGARAAN MALAYSIA

1.PENGENALAN
            Sejak pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, kerajaan memberi keutamaan kepada proses membina Malaysiasebagai sebuah negara yang berdaya saing dari segi ekonomi dan politik. Malaysia lahir atas kesefahaman dab persetujuan kalangan parti-parti politik bahawa Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat dan bersatu. Hasrat murni ini hanya dapat dicapai dengan penerimaan kesemua rakyat yang berbilang kaum tanpa mengira agama, bangsa mahupun warna kulit. Persepaduan di antara kaum di dalam sesebuah negara amat memainkan peranan yang penting dalam membentuk sesebuah negara untuk maju ke hadapan. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, 1 Malaysia telah diperkenalkan sebagai satu gagasan bagi memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia, mewujudkan negara lebih aman, maju dan makmur.

2. SATU MALAYSIA (ONE MALAYSIA)

            Konsep 1 Malaysia ataupun dikenali sebagai 1Malaysia telah diperkenalkan sebagai teras pentadbiran Perdana Menteri Malaysia keenam, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 3 April 2009 adalah satu langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembangaan Persekutuan dan Prinsip-prinsip Rukun Negara. Beliau menegaskan Konsep Satu Malaysia bererti :-

“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam Malaysia”

            Menurut Dato’ Seri Mohd Najib, konsep 1Malaysia bukanlah satu konsep atau formula baru sebaliknya ia adalah konsep Perdana Menteri-Perdana Menteri yang terdahulu. Dengan kata lain, 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum yang berteraskan nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.

            Konsep 1Malaysia bukanlah satu pendekatan yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan tetapi ia merupakan pelengkap ke arah mencapai kemajuan negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Konsep ini perlu diterapkan ke dalam sanubari setiap rakyat dan menjadi amalan setiap masyarakat bagi merealisasikan ‘Bangsa Malaysia’ yang bersatu padu.

            Aspirasi 1 Malaysia adalah untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalinkan perpaduan yang lebih erat. Kerajaan berhasrat mewujudkan semangat perpaduan dengan menanamkan perasaan hormat-menghormati, keikhlasan dan sikap saling percaya mempercayai antara kaum di Malaysia. Pada peringkat ini, semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. 1Malaysia juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogon Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

            1Malaysia adalah pemankin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetian.


3. KETERANGAN LOGO DAN SLOGAN 1 MALAYSIA

         3.1 LOGO 1MALAYSIA

 
·        Melambangkan visi negara iaitu untuk untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

·        Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

       3.2 SLOGAN 1MALAYSIA

      Konsep 1Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru, sebaliknya slogan 1Malaysia iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’ lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjwab.

      Konsep 1Malaysia yang digagaskan oleh Dato’ Seri Mohd Najib akan dilaksanakan dalam dua aspek utama iaitu :-

·         Penerapan Teras-Teras Perpaduan berasaskan kepada tiga perkara iaitu sikap ‘penerimaan ‘ antara kaum dan rakyat Malaysia; prinsip-prinsip kenegaraan berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan rukun Negara; dan keadilan sosial. Teras-Teras Perpaduan ini perlu didokongi oleh nilai-nilaimurni sebagai sebahagian dari budaya hidup rakyat Malaysia termasuklah nilai-nilai hormat—menghormati, Tawaddhu’, kesederhanaan dalam tingkah laku dan tutur kata serta kebijaksanaan dalam sebarang keputusan dan tindakan.



·         Penerapan Nilai-nilai Aspirasi ialah nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju. Nilai-nilai aspirasi akan membantu dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya saing dalam persekitaran global dan seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap.

4. NILAI – NILAI SATU MALAYSIA

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep 1Malaysia. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu maklumat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai  tersebut adalah :-

4.1 Budaya Kecemerlangan

Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian mesyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan yang diamalkan oleh rakyat. Budaya cemerlang perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan. Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan. Ketepatan menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan orang lain terutamanya apabila berurusan dengan pihak-pihak luar negara. Apabila budaya kecemerlangan dapat diterapkan dalam setiap diri rakyat, Malaysia sudah pasti dapat membangun dengan maju seiring dengan negara-negara yang sedang membangun.



4.2 Ketabahan

            Setiap Perjuangan atau pelaksanaan kerja ketabahan dan ketekunan mereka. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlaangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan. Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik untuk mencapai sesuatu matlamat. Dalam menangani kegagalan, pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang lebih besar dan menakjubkan. Selain itu, rakyat Malaysia perlu mempunyai semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.

4.3 Rendah Hati

Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam Islam, rendah diri dikatakan tawaddhu. Sifat rendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat melayu yang menghormati orang yang merendah diri. Merendah diri tidak bermaksud kita tunduk atau mengalah denga orang lain sebaliknya segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjukkan dan dibangga dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia. Sikap rendah diri perlulah diamalkan oleh setiap rakyat Malaysia dan bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat dimana kita berada. Sikap rendah diri ini mencerminkan kekuatan, keyakinan dan kemampuan kita sebagai rakyat  Malaysia.


4.4 Penerimaan

            Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau terpaksa. Sehubungan dengan itu, Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat persetujuan bersama. Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini. Dalam 1Malaysia, rakyat disaran agar menerima kebaikan yang diberikan oleh kerajaan yang mana bertujuan untuk kepentingan rakyat dengan hati terbuka.

4.5 Kesetian

Prinsip kesetian amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetian kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetian dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetian kepada kaum dan kelompok sendiri. Setiap rakyat perlu menunjukkan kesetian kepada pemimpin atau ketua dalam sesebuah organisasi adalah teras  kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan dan kecemerlangan.

4.6 Meritokrasi


Meritokrtasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara.  Meritokrasi juga menekankan persaingan secara terbuka  berasaskan kriteria – kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih. Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang.

4.7 Pendidikan

Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan. Malaysia memerlukan masyarakat yamng mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-galanya. Konsep 1Malaysia menunjukkan kerajaan yang amat mementingkan pendidikan kepada rakyat Malaysia.

4.8 Integriti

Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan diperolehi melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan.  Integriti memainkan peranan penting dalam mencorak sesebuah negara. Setiap rakyat perlu menanam sifat integriti dalam diri masing-masing bagi membantu membangunkan negara.

5. MATLAMAT 1MALAYSIA

            Menerusi slogan ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’, matlamat 1Malaysia adalah bertujuan untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat. Bagi merealisasikan konsep 1Malaysia ini memerlukan kepimpinan dan rakyat yang telus, ikhlas, jujur, amanah dalam melaksanakan tanggungjawab kepada negara. Selain itu, 1Malaysia bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.

            1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam ini bermatlamat memastikan tiada golongan atau kaum  yang akan terpinggir di negara ini. Malah, kerajaan akan berlaku adil kepada semua kaum dalam usaha menggerakkan transformasi besar dalam gagasan 1Malaysia.

            Selain itu, sentimen perkauman akan dapat dihapuskan jika setiap rakyat benar-benar menghayati konsep 1Malaysia. Menerusi 1Malaysia, rakyat berbilang kaum akan dapat hidup dengan aman dan harmoni. Datuk Seri William Mawan Ikom, Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak menyatakan 1Malaysia juga bermatlamat menyatukan semua kaum di negara ini.

            Matlamat 1Malaysia antara lainnya adalah untuk mencari kesepakatan antara semua rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit. Kerajaan telah mempelbagaikan aktiviti dimana dapat memupuk sifat 1Malaysia diantara rakyat Malaysia.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan